LAWAK ANTARABANGSA

 MangLISH!


  

 pic from lawakgylerz

 __________________________________________________________________



Siang Ikan

Pada suatu petang, Pak Ali membeli ikan keli di sebuah kedai. Pak Ali membawa pulang ikan keli itu untuk disiang oleh Mak Hawa.

Mak Hawa: Eh, bapak nye. Napa beli ikan yang masih hidup ni?

Pak Ali: Apa pulak bezanya?

Mak Hawa: Ikan yang hidup ni susah nak disiang. Bergerak-gerak lagi ni.

Pak Ali : Apa susahnya, rendam je kepala ikan tu kat dalam air, lemas la ikan tu nanti.

Mak Hawa: O.o



__________________________________________________________________


Tersalah Email

Situasi 1

En. Roslan merupakan seorang Pegawai Bank di Pulau Pinang. Dia terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Isterinya akan menemaninya tetapi terpaksa bertolak lewat sehari daripadanya kerana terdapat urusan yang perlu diselesaikan.Setibanya di sana, dia telah menginap di sebuah hotel 5 bintang.Terdapat sebuah komputer dilengkapi rangkaian internet di dalam bilik hotel tersebut. Dia pun mengambil kesempatan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Disebabkan kerinduan yang amat sangat kerna jarang berjauhan dengan isterinya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Situasi 2
Di sebuah kampung di Kelantan pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Walaupun masih diselubungi kesedihan, dia  menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya untuk di’reply’. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 1990
Subject : Abang telah selamat sampai

Hai Ayang!!
Abang tahu Ayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan yang kita sayang..

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Ayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Cayang Ayang sangat-sangat. Muah 100 kali.

Suamimu..

_________________________________________________________

Kreatif Gilerrr...


 



Kalau dah kreatif tu, lukis apa pun sure akan jadi gempak kan.... hehe


_________________________________________________________